Pages

Saturday, 4 May 2013

Kehidupan

Kehidupan kadang kala menyedihkan tetapi Allah bagi juga kebahagiaan kepada kita walaupun hanya sementara,right? Sesedih mana pun kita dalam meneriman dugaan yang Allah beri kepada kita tetapi kita haruslah kuat dan tabah untuk menghadapinya. Allah tidak akan turunkan ujian kepada umatnya sekiranya umatnya tidak mampu untuk menanggungnya. Ya, kadang kadang kita sendiri rasa kita sudah berputus asa tetapi kita harus bangkit dan teruskan berjuang kerana Allah tidak suka kepada orang yang cepat berputus asa.Setiap dugaan dan juga cabaran yang Allah turunkan dekat kita pasti akan ada hikmah disebaliknya,pasti akan ada. Jika kita selalu bersedih,suatu hari nanti kita akan berasa kebahagiaan mungkin Allah nak menguji tahap kesabaran kamu, yakin lah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kadang kala apa yang kita rancang tidak menjadi kan? Allah sudah membuat perancangan jauh lebih baik daripada kita,hanya kita sahaja yang tidak mengetahuinya. Seandainya kamu putus, jgn sesekali kamu menyeksa diri kamu dengan terus terusan mengingatinya. Ya, memang teramat sukar untuk melupakan orang yang kita sayang gila tetapi kamu harus mencuba dan memberi peluang kepada diri kamu untuk menerima seseorang yang pandai menghargai kamu. Jangan kamu terus terusan menyakiti diri kamu dengan mengingati orang yang telah meninggalkan kamu, bangkit lah. Jika dia sayangkan kamu,dia tidak akan meninggalkan kamu. Kamu berhak untuk disayangi oleh orang yg pandai menghargai kamu, so berilah peluang kepada diri kamu tetapi kamu harus pandai memilih agar kamu tidak terus terusan disakiti. Biar lah lambat asalkan kamu tidak akan disakiti lagi :)